Tuesday 31 March 2015

Mari Berdiet Secara Bijaksana


Assalamualaikum dan Salam NECK.. (cecewahh..hihi)

Pada suatu tengah hari yang indah, sedang acik lunch dengan best sekali di cafe kilang, tetiba ada seorang akak tertanya acik ni..

"Khairun, akak pelik la.. Akak ni makan takde la banyak mana pun. Kadang-kadang akak taknak makan nasi tau sebab akak rasa macam gumuks kalau makan nasi ni. Tapi badan tak selim melim pun.. Kenapa ek"

Err.. sudah..(terasa macam nak tepuk dahi sendiri).. Acik tengah suap nasi tau masa akak tu tanya..

Hoccay..

Mari kita bincangkan hahaha Forum lunch bermula sekarang..

"Okies.. Akak kan dah selim hapaa.." Acik tengok akak tu memang kecik ja orangnya.

"Adoiyaii..akak ni nampak je kecik.. Tapi.."   okie dokie takyah terangkan.. hehe acik rasa paham kot..

Disebabkan soalan ni antara soalan feveret dalam group NECK kami, acik agak yakin nak kemukakan hujah (perrgghh serupa itu forum betul-betul pulak)

"Akak kurang makan nasi kan? Tapi akak replace nasi tu dengan apa? Saya rasa mesti yang ganti nasi tu entah-entah mengembangkan badan lagi dari nasi tu sendiri hapa.." psstt..ni antara ilmu yang dipelajari dalam NECK.

"Tettt..hahaha betul la kot.. Akak makan merapu la jugak sebab nak hilangkan lapar. Aiskrim la, jajan la..memang makanan yang tak menguruskan badan langsung hehe" gelak akak tu..okies acik pun tumpang gelak sekali.

Hahaha sepuluh-markah untuk acik..hi-five sikit lalala

Acik rasa situasi 'forum-lunch' tu serupa macam status FB kat bawah ni:


Bukan akak tu sorang ja macam tu. Acik masa mula-mula pasang niat nak diet, camtu la acik fikir. Dah la ilmu diet kurang, takda mentor dan buat sorang-sorang. Sudahnya diet ku ke laut juga daa.. Alhamdulillah ditemukan dengan NECK..

Macam dalam gambar di atas ni,kawan ni berdiet dengan tak makan nasi. Tapi cuba perhatikan apa yang kawan ni makan bagi menggantikan nasi tu.. Haa.. nampak kuih muih yang sedap tu? Pergghh.. memang manis, bergoreng, berminyak dan kuah kari itu bersantan. Kalau ikut ilmu kira-kira kalori, haa..memang tinggi la nilai kalorinya.

Cuba bayangkan kalau kita berdiet dengan ketiadaan ilmu. Agak-agak menjadi ke diet kita tu? Acik dah pernah mengalaminya. Dan memang punn.. Antara faktor utama diet acik ke laut masa tu ialah acik main belasah ja diet. Ilmu diet yilek.. Tapi mau berdiet juga..Hasilnya, mak acik bising jugak..kenapa la acik ni makin kembang ja. Padahal sudah ku cut-down nasi dalam menu harian. Dan belanja makan di kilang bukan berkurang tapi bertambah.. Acik tak dapat berjimat langsung tau pada masa tu..

Sebab tu acik tekankan kat sini kita kena berdiet secara bijaksana..

Kena ada ilmu yang betul. Mentor pun kena ada. Mentor ni cari la yang sudah terbukti berjaya membantu ramai orang menurunkan berat badan. Bila ada ilmu dan mentor, jadilah kita bijaksana dalam berdiet.

Meh nak cerita sikit.. Dalam Batch1 NECK acik, ramai tau yang dapat turunkan berat dengan cepat. Sebab kami dapat ilmu dan mentor yang bagus. Kadang-kadang rasa macam ulangkaji subjek sains zaman sekolah dulu. Ingat tak kita ada belajar pasal nutrisi kan? Piramid makanan la, keperluan makanan tambahan la dan banyak lagi..Haa..sila la ingat balik ye..Best baca input-input dalam group Batch1 NECK acik tu..

Dalam group Batc1h NECK tu pun, bukannya muda-muda yang metabolismanya tinggi. Kebanyakannya ada yang dah berusia. Ada anak remaja siap.. (sebab tu acik mention sebelum ni acik antara yang muda hihi). Tapi cara depa sahut cabaran coach (mentor) kami, walaweyhh.. mantopsss masing-masing!

Jadi mari lah kita berdiet dengan bijaksana. Ada ilmu kena la amalkan. Bila diamalkan,baru la berkurangan berat berlebihan. Kalau tak amalkan, sendiri mau ingat la ye..

Acik doakan kita semua yang nak turunkan berat badan akan mencapai berat ideal yang kita impikan.

Acik doakan kita kurus dan sihat.

~Acik yang sedang berusaha nak selim~ Jom Kurus Dari Rumah (eh terpinjam tagline NECK hihi)


0 comments:

Post a Comment