Sunday 29 June 2014

Sentap Dengan Kucing?


Kembang mak nih..el uli-uli pon dok diam je hehehe
Ini Kembang.

Kucing kesayangan mak. Actually, antara kucing kesayangan mak. Al-maklumlah kami ada banyak kucing..nursery kucing la katakann..

Kembang dengan mak memang rapat. Mak pergi mana pun, dia akan mengekor je.. Mak ke toilet, duduk la kembang di depan pintu toilet tu. Mak memasak kat dapur, tidur golek-golek si kembang dekat favorite port dia kat dapur jugak. Mak solat, duduk la dia diam-diam kat tepi sejadah. Mak mengaji Al-Quran, dia pun duduk dengar elok je..Mak makan, tersipu-sipu kembang duduk kat kaki mak..kot-kot la dapat sikit-sikit ikan ke ayam ke hehehe kalau mak tidur, memang kembang tidur di kaki mak..

Mak pun memang paham dengan perangai kembang. Kembang bunyi bagi salam nak masuk rumah pun mak kenal. Kembang kais pintu nak keluar pun mak kenal..kembang bunyi nak makan pun mak kenal..err rasanya kebanyakan kucing mak, mak cam kot bunyi depa nih..

Pendek kata, mak dengan kembang memang rapat.

Jadi, kucing mana yang el sentap?

Kembang la..

Macamni ceritanya..

Masa el dalam pantang (Kamil), el memang duduk dengan mak. Tapi masa dalam pantang itu la mak dengan ayah kurang sihat. Mak sakit lutut dan pinggang sehingga nak jalan dengan bangun duduk jadi sangat memeritkan..Ayah pula memang sampai kene tahan wad sebab kehilangan darah yang banyak. Mana yang el boleh buat sendiri, el buat. Nasib baik ada kakak dan adik-adik yang banyak membantu. Jadinya, el kene belajar berdikari hahaha

Hari yang nak dijadikan cerita ni, agak panas..nama pun musim panas masa tu. Mak baring nak tidur sebab pening dengan panas dan kepenatan pun ye jugak..maklumlah..cucu bertabah hihihihi macam biasa kalau mak mula baring, datangla si kembang menggesel-gesel di kaki mak. Tapi takdak respons dari mak (saja ja tu..)..Kembang naik ke tangan pula tapi takdak respons jugak..dan dia mula ke kepala mak..memang el rasa macam nak halau si kembang dari kepala mak, tapi jadi static kejap..

Eh..

kembang mula menggigit rambut mak dan menarik-narik rambut mak..

Agak tergamam juga la el masa tu..Kembang menarik rambut mak beberapa kali. Dan selepas tu dia gesel-gesel lagi dengan mak..kali ni dibahagian muka..hahahah ni serupa kucing yang nak sayang tuan dia. Macam panggil mak bangun pun ye juga. Dan memang mak bangun pun dan terus peluk kembang..El terkedu..

El tanya mak, memang macam tu ke kembang? Kenapa nak cium-cium mak pulak kan? Siap tarik-tarik rambut mak lagi..hihi macam bodek je tu hihihi

Mak sambil gelak-gelak pun cerita la..Kembang memang macamtu. Kalau dia gesel-gesel dengan mak masa mak tidur tapi mak tak bangun, dia akan mula tarik-tarik rambut mak. Macam tau-tau je mak tak larat. Kalau mak tak bangun juga, memang dia akan tunggu sampai mak bangun. Macam tu la perangai dia dan dia mula buat habit tu masa mak mula tak sihat.

Rupa-rupanya bukan dengan mak je kembang bermanja-manjaan macam tu. Dengan ayah pun sama juga. Kalau dengan ayah lagi hebat hehehe siap tunggu atas katil dengan ayah lagi..

Mak sambung cerita lagi, “Masa mak tak larat (tak sihat sekali) kembang je la yang teman..kembang je pun yang tarik-tarik rambut mak. Dah anak-anak busy kann..cucu pun bukan nya paham lagi “

Zasss…sentap sampai ke tulang hitam beb..

Ayat mak – dah anak-anak busy – memang terngiang-ngiang sampai sekarang..diakui el duduk dekat dengan mak. Selalu dengan mak. Masak, bergossip, mak pun yang tolong jagakan Balqis..

Tapi kalau mak sakit, kenapa el takdak masa jugak untuk mak walaupun nak urut kepala mak? Busy dengan issue kilang dan ‘bergaduh’ dgn balqis?

Anak-anak mak? Busy dengan game? Dengan kerja? Dengan internet?

Kenapa kembang yang ‘jaga’ mak?

Ini cerita el. Mungkin yang lain tak terasa dengan kucing pun..tapi el terasa sangat..

Ye la..mak kita kot..tapi kucing yang lebih prihatin dari anak-anak..

Mula dari hari tu, el bertekad dah..apa saja yang mak perlukan, el akan cuba penuhi dan memberikan yang terbaik..memandangkan el distributor untuk Shaklee, el cuba study produk shaklee yang terbaik untuk mak. Untuk kesihatan secara keseluruhan tapi berkesan. Mak kata mak dah tak larat nak telan pil, dan nasib baik la Shaklee ada sirap Shaklee ni, VIVIX..testimonial untuk sakit lutut pun ada..

Sebenarnya Vivix pun untuk awet muda hehehe jadinya bagi mak awet muda sekali la hihihi

Sekarang dah dekat nak habis dah 2 botol vivix. Mak perasan sakit lutut makin berkurang..nanti kalau dah habis, angah beli lagi ye mak..

Sentap dengan kucing? Yes ..el memang sentap dengan kembang..

Dan disebabkan sentap itulah, el berazam untuk memberi yang terbaik untuk mak..

Terima kasih Allah di atas segalanya..

0 comments:

Post a Comment