Tuesday 13 January 2015

Tips Memilih Breastpump (Cara Acik El)


Assalamualaikum...jemaah..ooo..jemaah..

Hehehe

Setelah beberapa orang tanya soalan yang sama, acik rasa elok acik share dengan semua cara-cara atau perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli breastpump.

Yang acik share ni apa yang acik fikirkan sebelum acik membeli breastpump yang ketiga tau .. iaitu breastpump Malish Ilaria.. Acik dah ada Avent Manual dengan Spectra 3 sebelum acik beli Malish Ilaria.

Spectra 3 yang banyak berjasa tu acik guna bila pam di opis saja.. tak larat nak bawak balik hari-hari sebab beg dan pam yang agak besaq dan berat. Lagipun banyak beg nak kene bawak balik setiap hari. Jadi Cikgu Bat bising la sebab dia yang kene mengangkat beg-beg acik.

Di rumah acik guna Avent Manual saja. Cepat dan senang nak stop pam dan berlari-lari mengejar kamil atau balqis hahaha.. Tapi nak dijadikan sebab, ibu jari acik sampai ke pergelangan tangan jadi bengkak sebab terlalu khusyuk mengepam dan aktif pam sekali. Ni semua gara-gara nak kene kumpul stok balik sebab Kamil tetiba banyak menyusu ( baby growth spurts).

Cikgu Bat tak cakap apa la kan sebab justification yang strong nih hahaha..haaa so inilah perkara-perkara yang acik pertimbangkan dan bentangkan kepada Cikgu Bat sebelum membeli pam yang ketiga..

1) Bajet harga

Acik bajet dalam RM500 je hehehe .. Kalau dapat lagi.murah lagi ok. Tapi mesti ikut apa spec yang acik tetapkan la. Walaupun pam yang berharga riban riban menjadi idaman kalbu, tapi pejam mata je la dan cari mana yang termampu hoccay..

2) Double pump atau single pump

Semestinya double pump. Sebab acik rasa kalau double pon leh buat single jugak. Sekarang dah ada yang single pump boleh dijadikan double tau.. kene kreatif dan inovatif hahaha.. psstt.. dekat tubing tu yang kene tukar..acik bagi clue sikit ni..

3) Manual atau elektrik atau elektrik+bateri

Acik tak kisah kalau elektrik saja sebab pam yang ketiga ni nak digunakan dirumah. Tapi acik taknak la manual sebab acik dah ada Avent manual. Bestt woo pam ni..

Kalau nak travel biasa acik bawak yg manual sebab jimat space. Kalau dapat yang boleh guna elektrik dan bateri dalam range harga acik best jugak hahaha

Kalau taknak 'exercise' tangan dan jari jemari, baik ambil yang elektrik atau elektrik+bateri.

Manual memang tak bising. Elektrik ikut brand apa. Elektrik+bateri pon ikut brand apa. Setakat yang acik dengar dari mommies yang pam nursing room ni, pam unimom uzzo (betoi kot spelling ni) senyap gilak..serious senyap ye.. akak tu abes pam je tengok dah dapat 2 botol penuh (double pump).

4) Built-in battery ke tak?

Haa yang ni acik siap tanya Cikgu Bat lagi. Which one is better la kan..jadi acik fikir kalau selalu travel sambil bekerja, built-in battery sangatla diperlukan.

Tapi kalau keje kilang macam acik ni yang kalau time pam ada bilik nursing siap ada plug bagai, tak yah built in pon takpe.. lagipun acik nak guna kat rumah kan..

Yang di opis ni, acik guna Spectra3. Dan pam ni memang acik tinggal di cubicle sendiri je hehehe

5) USB cable boleh guna tak

Satu kelebihan kalau dapat USB cable untuk power bank atau laptop. Senang dah sekarang.. dah recharge pon leh guna power bank. Nak alternative power source pon leh guna power bank atau laptop. Jadi mommmies yang bizi bebenor nak kene buat report ka buat assignment guna laptop ka, senang ja nak pam sekarang.

6) Size dan berat

Bagi yang travel selalu, size dan berat sangat penting ye.. tapi acik nak pam di rumah ja.. size tak kisah sangat. Walaupun tak kisah, acik taknak la berat lebih sekilo.. beratt kott.. sebab tu Spectra3 duduk di opis je ni.

7) Berapa banyak parts yang perlu di basuh

Acik takdela rajin mana nak.membasuh parts ni..adehh.. so kene cari yang sedang-sedang elok ja banyak dia.. Lagipun kalau banyak bebenor parts takot ada yang tertinggal masa nak pam lak nanti.

8) Spare part nak cari kat mana

Yang ni penting. Kalau brand yang popular, senang nak cari kat kedai-kedai baby. Tapi kalau yang baru keluar dalam pasaran, baik cari tempat nak dapatkan source dia. Tanya seller breastpump tu dulu sebelum pilih pam.

9) After sales service

Warranty tu penting ye.. Dan cari jugak nak service kat mana kalau jadi apa-apa. Macam medela dan Spectra senang sikit. Brand glemer.  Kalau brand tak berapa orang tau ni kene banyak bertanya.

10) Free gift hahaha

Haaa.. kalau first time mommy sila dapatkan free gift yang lengkap untuk menyusu di tempat kerja. Macam icepack, storage bottle, storage bag, cooler bag. Senang nanti takyah fikir nak beli kat mana dah. Kalau medela freestyle memang akan dapat lengkap full set la. Kita terus pam je nanti hehe

11) testimonial pengguna

Acik search jugak testi orang yang dah guna. Ada yang kata leh untuk hands-free, ada yang kata bunyi senyap.. sebab kat belah sini memang takdak kot kedai yang macam Pump On The Go tu.. kedai baby banyak la..tapi kedai pam acik tak jumpa. Jadi acik bergantung pada nasib je ahahahahaha..

Breastpump ialah pelaburan yang baik. Tak rugi membeli breastpump yang elok dan tahan lasak. Boleh guna sampai 3 ke 4 ke orang anak kan..

Tapi kalau breastpump hebat saja tak guna kalau kita tak berusaha untuk menghasilkan output susu cukup untuk kenyangkan anak kita. Usahalah..

Breastfeeding pon salah satu cara untuk menslimkan badan dan menjimatkan belanja keluarga. Study dan carilah milk-booster yang sesuai dengan kita.

Oleh itu, tepuk dada tanya iman dan keperluan kita. Jangan tanya kehendak kita. Sebab kehendak memang tak sama dengan keperluan ye..

Sekian dari acik yg cumil

Psstt sekali lagi acik memang tak jual breastpump ye.. tapi kalau nak bertukar-tukar pandangan bulih je..hehe






1 comment: