Thursday 8 January 2015

One Chance


Assalamualaikum

Salam sayang dari Acik El untuk semua..

Baru sat sat ni (pukul 3 petang camtu) kawan acik merangkap akak cantik hantar satu gambar borang. Borang tu borang yang diisi untuk individu yang akan meninggalkan company ni untuk ke arah yang lebih baik (resign la tu). Waaahhh maksudnya kawan acik tu dah nak sampai ke hari-hari terakhir sebagai pekerja di kilang ni.

Kenapa akak cantik tu nak resign? Haa.. dia ada ‘push-factor’ yang sangat hebat. Dannnn backup plan yang memang cantik la. Dia dah ada bisnes sendiri (2 – 3 bisnes) dan dia memang all out dalam bisnes Shaklee (pengguna tegar pon skali hehe). Siapa kata kalau dah bisnes senang ja nak resign? Kena ada backup plan yang hebat dan saving yang cukup. Hutang yang ada perlu dikurangkan sekurang-kurangnya dan kalau boleh dilangsaikan terus. Ini la petua akak cantik ni bila Acik tanya camna nak resign dengan senang hati. Lagi satu, akak cantik ni pesan, kene bulatkan tekad untuk berhenti makan gaji dan beralih ke bisnes. Dan semestinya harus berusaha keras untuk berjaya sebab selepas resign, bukan senang-senang dapat duit sepertimana kita dapat gaji setiap hujung bulan. Err paham ke tak acik bebel nih? Haha

Memang kena sangat-sangat la dengan movie yang acik dengan Cikgu Bat tengok malam tadi (dating tengok movie dengan anak-anak di rumah sendiri – hahaha). Cerita One Chance. Seriously this movie is worth to watch sambil lari-lari basuh pinggan, mengejar si Kamil dan Balqis, kemas baju segala mala.

One Chance - The Incredible True Story of Paul Potts



Cerita ni mengisahkan seorang lelaki Paul Potts (kawan panggil Pottsy) yang suka menyanyi dan suaranya memangla suara penyanyi opera yang sangat sedap. Bekerja sebagai pembantu kedai handphone yang mana kawannya jadi manager outlet di situ (ranggi habis – tak serupa manager kedai ponn). Mak Paul macam support la Paul ni jugak tapi ayah dia sangat la tak supportive. Paul sering dibuli dari kecil sampai besar. Mungkin sebab dia sangat gugup bila berhadapan dengan orang ramai dan badan pun takdelah sado mana pon. Dannn Paul ni sangat la kurang keyakinan diri padahal suaranya memang sedap la sesangat.

Paul sangat suka kat seorang cashier farmasi (ala-ala Watson/Guardian) ni. Kira fall in love sangat la. Tapi tak bagitau pun yang dia suka kat Julz ni (cashier tu). But then kita boleh nampak yang Julz pun sangat sayang kat Paul. Seriously Julz sangatla baik..alahaiii lembut betul dia cakap..marah pun lembut je (ke memang orang Wales camni?)

Paul ke Venice untuk belajar menyanyi opera (ada ek course nyanyi opera) – kes acik tak ingat camna dia leh ke Venice pulak- dan dapat berjumpa dengan idolanya Luciano Pavarotti.

Haa masa sebelum pergi Venice ni, Paul ada masuk satu pertandingan bakat kecik-kecik je (buat dekat bar) dan menang. Tapi memang sedih la masa dia nak start nyanyi tu sebab semua orang dok ejek dia ja. Dah la pakai dan mekap macam clown kann.. bila dia mula menyanyi ja, perrghhh..semua memang menganga la sebab memang sedap sangat pun walaupun lagu klasik Itali (termasukla kawan dia yang suka membuli Paul). Paul menang dan dapat cash money. Kawan dia (Matthew ke hapa nama dia) siap belasah dia selepas dia keluar dari bar. Tapi yang bestnya yang menyelamatkan depa ni (Paul dengan kawan manager tu – Braddon kot nama dia), ialah girlfriend si Braddon. Dia ni hayun gitar elektrik kat kepala si Matthew dan terus pengsan la kawan tu hahaha .. Itulah kann buli orang lagi.eh copp Matthew ni nak belasah Paul dengan rantai basikal tau.

Ni masa Paul masuk pertandingan yang dekat bar.

Paul dengan kawannya di kedai mereka

Okies .. back to Venice.. Paul kira macam shorlisted untuk dapat lead actor dalam opera dan ada audition yang dihadiri Pavarotti himself. Tapi biasala hero awal-awal memang banyak halangan la kan. Dia tak terpilih sebab terlalu gemuruh atas stage dan dikritik oleh idolanya. Sedih kott kalau orang yang kita sanjung kritik macam tu skali. Paul balik ke hometown dia dan tak contact pon Julz even Julz banyak call dan message. Sebab Paul rasa malu dan down sangat lepas kena kritik dengan idola sendiri.

Julz frust dan marah la kan. Bila Paul cuba nak call dan pujuk balik, memang merajuk la kawan tu. Yang best bila Paul pujuk Julz kat farmasi yang Julz kerja tu. Dan akhirnya Paul menyanyi untuk pujuk Julz sambil proposed…hahaha sweet la jugak Pottsy nih. Depa dua berkahwin dan guess what..Paul dapat jadi lead actor untuk pementasan opera (Aida) – dapat offer masa kenduri kahwin depa. Happy sangat kan..

Paul berlatih bersungguh-sungguh. Tapi bila nak tiba hari pementasan opera tu, Paul sakit (appendiks) dan perlu dibedah dengan segera. Walaubagaimanapun, dia teruskan juga opera tu dan berjaya pada first half. Second half, Paul pengsan masa tengah menyanyi duet.

Fuhhh memang banyak la dugaan Paul ni. Lepas appendiks baik, didiagnos pulak ada kanser tiroid dan dinasihatkan untuk tidak menyanyi. Bila dah dapat menyanyi, Paul accident la pulak. Paul jadi down sangat. Dah la ayah dia memang tak support dia sangat kann.. Julz buat 2-3 kerja dalam satu masa untuk menampung kehidupan. Bila Paul dilantik sebagai manager untuk kedai handphone dia tu, Paul sedar yang dia kena buat sesuatu untuk menampung kehidupannya. Masa Paul dan Julz tengah berkira-kira bagaimana nak setelkan hutang-hutang, tetiba dia ternampak iklan Britain's Got Talent.

Oooohh ni cerita pasal Britain's Got Talent rupanya hahaha..

Disebabkan nak melepaskan diri dan family dari hutang, Paul tekad nak masuk dan permohonannya di terima. Masa tu Simon Cowell salah seorang dari pengkritik tau. Paham-paham je la Simon Cowell ni camna kan. Gila nervous makk.. Julz memangla isteri yang baik..sangat-sangat supportive tauuuu..

Masa mula-mula Paul masuk, Simon Cowell tengok gitu-gitu je. Sebab dalam klip video sebelum dia masuk tu, Paul cakap siap-siap yang dia ada masalah nervous yang serius. So Simon just kata “sing whenever you are ready” sambil buat keje lain..pergghhh..sentap kot..

Bila Paul start menyanyi, memang superbbbb… pengkritik yang perempuan tu siap menangis kott..simon memang tercengang.. dan Paul mendapat standing ovation from the crowd. Seterusnya dia menang la Britain's Got Talent season tu.

Masa audition first stage Britain's Got Talent


Cerita ni ending dengan tunjuk Paul dapat menyanyi depan Queen of England lagi. Best tak? Hahaha cerita betul tau ni..

Jadi, push factor yang kuat dalam diri Paul untuk menyara kehidupan dan setelkan hutang telah membawa dia ke mata dunia. Dan menjadi fenomena time tu. So, dia dapat satu peluang (one chance) dan terus all out. Akhirnya dia berjaya mencapai impian dia walaupun banyak betul rintangan sebelum tu.

Moral of the story

Haa..apa yang kita boleh belajar dari cerita One Chance ni?


  • Jangan give up sudah semestinya. 
  • Suka dengan apa yang kita kerjakan.
  • Kena ada push factor yang kuat


Oleh itu..

Apa push factor kita?

Cukup kuat ke push factor kita?

Sejauh mana kita berkeinginan untuk menjadi yang luar biasa?

Atau lebih selesa jadi yang biasa-biasa saja?

Kita dah buat sehabis baik ke bila peluang datang kepada kita?

Ermmm.. kene audit diri sendiri nih..

Paul Potts dah buktikan dengan keazaman yang kuat dan suka dengan apa yang dilakukan, dia boleh dan telah berjaya. Peluang yang datang jangan disia-siakan. Dan jangan memandang rendah atas kemampuan orang lain.


Jom audit diri,
Acik El yang sedap menyanyi Twinkle Twinkle Little Star

Psstt..amacam acik el review movie? Ada bakat ka? Haha

0 comments:

Post a Comment