Sunday 11 January 2015

Review Breastpump Malish Ilaria


Assalamualaikum semua

Entry kali ni khusus untuk BF mommy yang tertanya-tanya best ke breastpump Malish Ilaria ni..

Gigih tau acik el study breastpump semua. Blogwalking blog-blog orang, bukak review dalam instagram dan facebook semua semata-mata nak cari breastpump yang memenuhi keperluan acik ni haa.. Dan akhirnya acik pun membeli la breastpump Malish Ilaria ni.

Breastpump Malish Ilaria

Made from?

Malish Ilaria ialah breastpump brand dari Russia. Ada banyak jenis Malish ni antaranya Malish Mango, Malish Ilaria, Malish Single E-Pump (yang acik tau 3 jenis ni je la hahaha). Semua ni ada features yang berlainan. Dan breastpump Malish ni, design dia cantik-cantik jugak.

Breastpump type?

Malish Ilaria = Double pump. Dual left and right motor. Maksudnya ada 2 motor. Satu untuk kiri dan satu untuk kanan.

Walaupun double, acik rasa kalau nak jadikan single pump pun ok je. Sebab dia dual motor tau. Kiri dan kanan boleh di control asing-asing. Maksudnya kalau kita nak kiri suction lagi kuat (time stimulate ke expression ke) kita boleh adjust sendiri level dia.

How many Phases?

Ada 2 phase function. Stimulation and expression.

Stimulation ni macam stimulate baby menyusu .. macam massage sikit dan ready kan untuk keluarkan susu. Malish Ilaria stimulate dalam seminit ( by default). Pastu (auto-change) dah boleh ke expression level. Kalau rasa takmo lagi express after 1 minute, boleh extend lagi masa stimulate tu.

Stimulation : 9 level (haa hangpa nak kuat mana masa stimulate ni, ikut suka hangpa la no)
Expression : 9 speed (macam tak macam speed sangat. more to suction rasanya)

Acik dah pakai Spectra3 dan acik rasa suction dia ok la jugak. Ok yang bermaksud tak sekuat Spectra3 sangat (terkejut kott masa memula pakai Spectra3). Sebab kita leh control suction dia kan (eh spectra3 pun boleh control guna knob dia tu). Tapi suction dia takdela soft sangat. Mungkin sebab acik pengguna Spectra3, jadi acik rasa kalau soft sangat takut tak keluar output apa-apa lak. Semestinya acik cari pam yang suction dia lebih kurang Spectra 3 dan Malish Ilaria termasuk la dalam list pilihan masa tu.

Motor sound

Bagi acik, takdela senyap sangat pam ni. Macam lebih kurang Spectra3 jugak. Bagi sesiapa yang pernah pakai Spectra3, sound dia agak slow berbanding Medela Freestyle (kita compare dgn freestyle je la ye.. Kalau dengan Medela Mini-E sangat bising la kan). Kalau pam masa baby tidur pun ok sebab bunyi dia tak kuat mana pun.

Power Source?

3 jenis power source (actually 4 tapi acik dapat 3 ja)
  • Power AC adapter
  • Battery case
  • Power bank cable (dapat cable untuk power bank) - power bank nye sendirian berhad ye
  • Car Adapter (haa yang ni acik tak dapat. masa beli tu yang car adapter dah tak include)
Breastpump Malish Ilaria ni bukan built-in battery. Sebab tu dapat battery case. Kena guna dalam 4 bateri AA. Tapi acik tak guna pun. Sebab pam di rumah saja (Malish Ilaria guna di rumah saja) jadi cucuk je la plug tu. Panjang jugak wayar plug Malish Ilaria ni. Kiranya kalau soket kita tinggi (acik nye soket kat bawah je). kita nak duduk bersila di atas lantai memang lepas la. Tak payah pakai extension dah. Dah dapat cable untuk power bank pon dah besar rahmat dah hahaha boleh cucuk kat laptop kalau nak buat kerja sekali.

Malish Ilaria dengan powerbank. 

Malish Ilaria dengan battery yang dalam case.


Jadi kalau sesiapa yang nak travel memang senang jugak. Boleh guna power bank gituh.. Tapi acik kalau travel lebih suka bawa yang manual (Avent manual). Lagi senang dan jimat space muahahaha..

Breastpump parts

Salah satu part yang dapat bila dah beli ialah botol yang untuk pam. Botol Malish wide-neck bottle tau. Tapi Malish Ilaria memang terus dapat wide neck converter for free. Kalau nak terus pam dan masuk storage bottle yang biasa-biasa tu (macam botol bumble bee, autumnz, jingle jungle ke), kene guna converter ni. Kalau tak, pam dulu dalam botol besaq Malish Ilaria ni dan lepas habis pam kene transfer la susu ke storage bottle kita atau storage bag.

Other features

  • Berat : Ringan ja..acik rasa lagi ringan dari kepala plug dia
  • Besar : takdela besar mana. Besar sikit je dari medela freestyle tapi lagi kecik dari spectra3. 
  • Warna : kaler pink gituhhh..cantik tau hehe 
  • LCD monitor : haaa pam Malish Ilaria ni ada LCD monitor. Boleh tengok kita dah pam berapa lama (dalam minit), level kiri dan kanan dan phase mana.
  •  Memory function : yes..acik rasa Malish Ilaria ni ada memory function. Kalau kita dah set stimulate ke level 3 dan express ke level 4, next pumping session dia akan ikut setting kita tu. Tapi katalah ada tangan-tangan ghaib yang tolong tukar-tukar setting kita tu, kene la reset balik.. macam acik ni haa si balqis dgn kamil suka beno tukar-tukar setting. Jadi, jangan biarkan pam kita on ye..sila shutdown selepas guna dan simpan elok-elok.

Free gift?

Hahaha yang ni ikut la kita beli dari mana. Kebanyakannya memang dapat free gift macam storage bottle/bag, cooler bag, dan icepack. Macam acik beli dari Breast Pumps Murah (fb) dan acik dapat storage bottle&bag, cooler bag jingle jungle, icepack (tak guna punn) dan free postage..(service tip top wooo)

Harga

Basically harga Malish Ilaria masa beli 2013, dalam RM399. Acik bajet bawah RM500 je untuk pam ketiga ni. Bila study breastpump semua acik rasa, boleh la dengan harga RM399 ni hahaha.. tapi sekarang ni bawah rm500 pun dah dapat breastpump yang best-best dah..

Warranty

Dapat warranty card. Dalam setahun. In case jadi apa-apa, boleh tanya kat opis Malish atau kedai yang kita beli pam tu.


Output?

Output (susu) ialah bergantung pada usaha kita. Walaupun pam kita secanggih mana pun, kalau konsep supply & demand tak dipatuhi, tak dapatla acik nak menolong. Yes, pam yang selesa ada menyumbang sikit untuk produce output yang banyak. Tetapi usaha mommy sendiri (pemakanan, minum air dgn kuantiti yg betul, kesihatan mental fizikal, doa, pumping schedule yang betul) baru kita boleh nampak output yang meriah dan lumayan.

Malish Ilaria bagi acik memang selesa. Tapi kalau acik tak minum air, takdela nak dapat 4 - 5 oz sekali pam.. dapat 1 - 2 oz tu pun rasa ok dah..sendiri fikir la kan hahaha

Sebab tu acik selalu pesan kat kawan-kawan, kalau rasa perlukan milk-booster, makan la.. kalau rasa kurang air, minum la.. cari la milk booster yang sesuai dengan kita. Macam mak acik pesan amalkan air suam.. dan acik ambil alfalfa brand Shaklee untuk jadi milk booster.. haha tapi acik makan bila perlu hehehe

Acik el harap review breastpump Malish Ilaria ni dapat membantu mommy yang nak membeli Malish Ilaria. Worth to buy hoccay...

Kamil dengan Malish Ilaria. Tengah try troubleshoot tu..hehe


Sekian review acik kali ni..

Dari pengguna Malish Ilaria,
Acik yang sweet dan comel hahahaha

Psstt..acik tak jual breastpump ye..tapi acik jual alfalfa Shaklee ye..

29 comments:

  1. Good review ..:) tgh plan nk beli ape utk 3rd pump ni antara malish @ spectra M1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i vote for malish ilaria. jika berminat boleh w/app me 019 215 3391. atau instagram pump4mama.

      Delete
    2. Klu de yg berminat bole beli preloved dri fia ya.. bp sahaja.. RM370.00 Include postage / cod area kl / kajang / putrajaya

      Delete
    3. Klu de yg berminat bole beli preloved dri fia ya.. bp sahaja.. RM370.00 Include postage / cod area kl / kajang / putrajaya

      Delete
  2. saya pakai eve love lily sekarang tengah cari double breast pump sebab bila pump sebelah lelehan air sebelah lagi tu boleh dapat sampai 2 oz kalau ditadah. thank u kak for the review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu de yg berminat bole beli preloved dri fia ya.. bp sahaja.. RM370.00 Include postage / cod area kl / kajang / putrajaya 012 542 8773 (fia)

      Delete
    2. Klu de yg berminat bole beli preloved dri fia ya.. bp sahaja.. RM370.00 Include postage / cod area kl / kajang / putrajaya 012 542 8773 (fia)

      Delete
  3. Saya pun dah beli malish ilaria... Tapi belum start pakai lagi..harapnya dapat membantu dalam proses penyusuan.. Tq for your review :) Senang-senang mai lawat www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Dah beli gak malish ilaria sb baca review ni...dulu pengguna tegar s3..

    ReplyDelete
  5. Dah beli gak malish ilaria sb baca review ni...dulu pengguna tegar s3..

    ReplyDelete
  6. Dah beli gak malish ilaria sb baca review ni...dulu pengguna tegar s3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok x malish ilaria ni..dok pk..antara malish ni ngan spectra m1

      Delete
    2. Ok x malish ilaria ni..dok pk..antara malish ni ngan spectra m1

      Delete
  7. Sedang berfikir nak beli breastpuml

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu de yg berminat bole beli preloved dri fia ya.. bp sahaja.. masih dlm tempoh warranty..RM370.00 Include postage / cod area kl / kajang / putrajaya 012 542 8773 (fia)

      Delete
  8. sy pun tgh pk nak beli Spectra M1, Autumz Double Passion or Malish Ilaria ni..ade gak tgk review Malish Aria..mcm best jugak..skrg tgh guna Autumz Single Bliss...best jugak tp menyesal beli single..pam sblh, yg ms B sblh lg membazir je...klu tadah blh dpt 1-2oz...so skrg tgh dlm consideration nk beli double pump yg mana ikut kemampuan..ikut hati nak je beli Medela Freestyle..tp x mampu makkkk...huhuhu...thnx for review Khairun...

    ReplyDelete
  9. Siapa de jual ansuran.saya nk bayar cash sedebuk x mampu..tolong sya..wasap 0193837255

    ReplyDelete
  10. Kalau ada sesiapa yg berminat nak beli pump malish ilaria 2nd hand boleh wasap saya 0174956664. Warranty exp 5 April 2017. Saya baru pakai 2wks je. Harga RM370 termasuk semua free gift + manual breast pump

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu kenapa pakai kejap je ye

      Delete
    2. boleh saya tahu kenapa pakai kejap je ye

      Delete
    3. Baby saya premature... tak dpt nak breastfeed direct so susu pun cepat kering. Tapi pump malish ni mmg bagus susu keluar banyak dgn jaya nya dan tak sakit

      Delete
  11. Sayangnya ni baby yg last sbb dah terus ikat masa deliver aritu. Tu yg nak let go

    ReplyDelete
  12. Ada siapa2 tau mcm mn nk pause the pump?

    ReplyDelete
  13. Ada siapa2 tau mcm mn nk pause the pump?

    ReplyDelete
  14. Ada sesiapa nak jual preloved

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi i nak let go malish ilaria. Boleh whatsapp i di 0195125657

      Delete
  15. Salam saya ada nak let go malish ilaria, boleh whatsapp 0195125657 ye 😊

    ReplyDelete