Wednesday 18 June 2014

Sesungguhnya Babysitter Itu Salah Satu Punca Pendapatan Juga ye..


Salam sayang semua.

Hari nih el nak berkongsi cerita yg memang dah lama terbaca dalam whatssapp Cikgu Batt hehe Cerita nih sangat-sangat buat el terkesan (ececewah..nk bgtau camne ek? I’m soo touched gituh..) sebab pernah mengalami situasi macam nih just ending citer el tak macam nih la..

Nih cerita yg bisa membuatkan air mata el bergenang..Sesungguhnya cerita nih memang ditujukan khas untuk mak dan ayah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Masa terbit air mata time baca nih, Cikgu Batt memang heran la..kenapa la bini aku nih emo sangat kan..

Actually adalaa dalam nak dekat 20 tahun dulu, ada sorang kawan yg tak berapa nk rapat saja sembang-sembang masa nk tunggu bas nk balik from sekolah rendah..masa tu kat sekolah kebangsaan..ingat lagi dok tunggu-tunggu bas kat dlm taman yg ada depan gate besar sekolah..

Kawan : Eh mak ko keje apa ek? Mak aku keje ..(el tak ingat la plak mak dia keje pe..tp bekerja la tapi)

el : err..mak aku tak keje..dok kt rumah ja (mak surirumah la katakann…)

Kawan : iye ke tak keje?? Takkan mak ko dok rumah je..mak orang lain semua keje..ayah ko keje pe?

el : ayah keje technician

Kawan : technician tu apa?

el : Juruteknik la (seriously time nih ell memang tak tau ayah technician buat apa hikhikhik..)

Kawan : Biar betol mak ko tak keje? Ada ke mak tak keje?

el : mak aku doh rumah pon kerja jugak..mak aku jaga anak orang..
(memang mak babysit anak ibu (cikgu skolah) dgn anak mak ngah (polis))..

Kawan : eiii..ada ke keje jaga anak orang? Mana ada org keje jaga anak orang..
(mmg masa nih dia dah gelak-gelak..tersirap gak la..rasa mcm nak bagi je sedas kat dia)

el : ada la ..mak aku jaga anak jiran aku la..(ingat lagi..time nih mmg mengetap bibir dah)

Kawan : eii..keje apa tu..mana ada keje jaga anak orang..

el : hei…(time nih bas dia dgn bas el dh sampai..)

Kami pon berlari naik bas..nanti kene tinggal lak..

Seriously rasa nk menampar orang masa tuh..Kawan-kawan yg lain just dgr dan lihat je..dalam bas el rasa nk nanges..mmg citer nih el tak pernah bgtau mak..dekat ayong, alang , azie pon tak pernah bgtau..kenapa laa time tuh el takdak keberanian macam naqiuddin (citer atas) nk lawan cakap kawan dia..

Untuk kawan tu (kot dia teringat lagi citer nih) :

Memang mak aku tak keje tp dia sentiasa ada dgn aku bila aku perlukan dia

Memang mak aku tak keje tp kami semua cukup je belanja dgn gaji ayah

Memang mak aku jaga anak orang..anak yg mak aku jaga tuh sampai sekarang rapat dgn mak aku..

Memang mak aku jaga anak org je..tp kami cukup je kasih sayang and berjaya dalam hidup masing-masing sehingga ke hari ini..

Kalo takdak org yg macam mak aku yg jaga anak org, mmg susah la bg mak-mak yg bekerja..

Kalo ko bekerja sekarang, ko tau la betapa pentingnya jawatan org yg jaga anak org nih a.k.a pengasuh or babysitter kata org kampong aku..

Fuhh lega jap..

Kalaulah el boleh cakap mcm nih 20 tahun yg lalu…agak-agak pe yang akan jadi ek?

Hehehe anyway el pon dh lama tak dengar cerita pasal dia..

Harap maklum itu cerita zaman hingus meleleh dulu..mungkin situasi itu berbeza jika kawan el tau ada kerja yg jaga anak orang (nama glemer : babysitter)..jadinya bila dah besar nih, el hanya anggap kawan el itu kekurangan vocab untuk subjek pekerjaan pada ketika itu hahahaha

Sesungguhnya babysitter itu salah satu punca pendapatan juga ye..

Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami mak dan ayah yang sempurna di mata kami



0 comments:

Post a Comment