Tuesday 17 June 2014

Ayah yang Hebat dan Istimewa ^_^


Salam semua..

Selamat Hari Bapa!

Semasa Cikgu Bat tanya el ada apa-apa yg ucapkan kepada ayah, termenung kejap el. Blurr kejap..akhirnya hanya terkeluar Selamat Hari Ayah..

Sebenarnya terlalu banyak yang hendak diucapkan..terlalu banyak yang hendak diterimakasihkan..terlalu banyak sehingga tak terluahkan....maklumlah..ayah dengan kami enam beradik memang rapat..sebagaimana mak rapat dengan kami, macam tu juga lah ayah rapat tapi dengan cara ayah yang tersendiri..

Masa kami kecil dulu rasanya ayah jarang bercerita. Mungkin terlalu sibuk bekerja. Mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Tapi bila ayah ada ja di rumah, memang heaven hehehe Ayah jarang memasak, tapi bila ayah memasak je, sedap dia lain macam sikit muahaha ini kes orang yang masak best tapi jarang masak jadinye output yg ohsemmm hahaha (komen ikhlas dari anak yang kuat makan hikhik)..

Rasanya kalau kami nak makan masakan ayah dengan kerap, masa mak dalam pantang bersalin la kot..sebabnya ayahla yang menjaga mak masa dalam pantang .. hmm..ingatkan biasa ja seorang suami menjaga isteri dalam pantang (urut lepas bersalin tu panggil nenek tukang urut la)..rupa-rupanya bukan semua suami boleh menjaga isteri dan anak-anak semasa isteri di dalam pantang..dan ini el tau pon masa dah besar, bila bercerita dengan kawan sekerja..kira hebatla ayah dapat uruskan baby yang masih baby lagi di samping babies yang dah besar-besar ni hahaha sehingga el di dalam pantang pon ayah boleh bagi nasihat untuk pemakanan, jaga baby, breastfeeding ^_^ (whoaaaa..itu lah ayah ku hehehehe) semoga ilmu tu dapat diperturunkan kepada Cikgu Bat hehe

Disebabkan ayah jarang ada dirumah untuk 'normal hours' , kami akan gunakan sebaik-baiknya masa bersama dengan ayah masa kecik-kecik dulu. Kalau ada soalan maths yang susah, boleh tanya ayah sebab ayah yang akan tengok homework kalo ayah ada..tapi yang best nye soalan matematik sekolah rendah ayah dah keluarkan formula maths yang ada x y untuk penyelesaian hahahaha kalau subjek seni lagi best..ayah pernah tolong warnakan je pon untuk lukisan ayong (yang memang ayah tlg lukiskan skali huhu)..kekonon untuk kerja rumah seni .. sekali cikgu hantar sekali lukisan tu untuk pertandingan dannnnnn ayong menang lagi..sangatlaaaa tak aci kannn hahahaha el pernah je mintak tolong ayah buatkan border je pon untuk task anyaman (masa darjah 3) dan dapat A hahahaha Bila bilik kami berterabur, ayah bising sebab kami tak amalkan 5S..dah kerja baru tau nama penuh 5S tu hahahaha macam banyak lak yang ayah bgtau masa kami kecik-kecik yang mana bila dah besar baru tau kegunaannya..

Bila kami dah pindah ke kampung halaman ayah ni, ayah jadi rajin bercerita. Dan kami tak pernah jemu mendengar cerita ayah..dari kisah-kisah mancing ayah sehinggalah ke kisah gossip orang kampung, semua kami layan hahaha cerita-cerita hantu dalam kampung, kebun Tok Ayah, sekolah rendah, kilang Motorola dan sebagainya, meskipun el rasa el boleh hafal ending nye apa, tapi tetap tak jemu nak dengar..kisah seram masa di rumah di kampung padang balang, di Kajang, Sungai Kantan, walaupun masa kecil pernah terdengar, bila dah besar baru faham keseluruhan cerita hahahaha

Ayah memang sukakan binatang dari kecil lagi..masa di Kajang terjumpa seekor anak tupai terjatuh kat jalan raya (rasanya la)..ayah kutip dan bawa balik bagi kami bela..bila kami dah berpindah ke kampung ni, haaa lagi banyakla ayah membela binatang..masa kecil dulu ayah ada bela memerang la , musang la apa lagi ek ..kene recall balik ni hahaha..sekarang kucing tak payah kira la..datang dan pergi kucing ni (since mak pon suka kucing, jadinya rumah kami dah macam nurseri kucing dah)..tupai memang ada dah..burung yang cantik-cantik ada jugak, ayam itik pon ada juga..cuma yang takda sekarang binatang besar macam lembu atau kambing hehehe Disebabkan suka dengan binatang, ayah akan bina reban/sangkar sendiri..baru minggu lepas dah siap rumah untuk itik ang ayah..ayam selasih ayah dah selamat duduk rumah baru (asalnya rumah kucing dulu)..kami ada rumah flat untuk ayam, apartment untuk kucing lagi hahahah tapi sekarang anak-anak kucing duduk dalam sangkar atau dalam rumah..kucing-kucing besar tido dan lepak di kawasan sekeliling rumah je..dah berapa ekor kucing dah yang ayah jadi bidan untuk sambut baby kucing..so, boleh bayangkan la rumah kami yang macam taska kucing ni hahaha

Ingat lagi masa dah nak habis exam SPM, kawan-kawan tanya el nak buat apa masa cuti..terus je el jawab nak kerja kilang hahaha kenapa? Sebab ayah pon keje kilang..dan memang sungguh pon dapat kerja kilang sebagai operator pengeluaran (production operator) kat kilang di Bangi..**sesungguhnya kata-kata itu doa** hahahaha sehingga dah habis belajar uni pon el dapat offer kerja pon di kilang juga....

Ayah memang istimewa..dari segi teknikal dan pelbagai segi la..bercerita pasal culture di kilang pon ayah boleh bagi nasihat tersendiri..nak berdiet pon ada suggestion dari ayah jugak hahahaha disebabkan ayah dengan mak la kami semua kenal supplement. Ayah sentiasa mencari yang terbaik untuk kami semua..dari semahal-mahal vitamin C sehinggalah kepada vitamin C yg dapat free, semua kami pernah rasa..sebab ayah la el kenal RoseHips, minyak ikan, grapeseed, habbatussauda, jarum mas, hempedu bumi, akar seruntun, khasiat herba-herba yang ditanam sekeliling rumah dan banyak lagi untuk perbaiki kesihatan..

Hahaha itu la..terlalu banyak kann..sebab ayah terlalu istimewa..bila dah bercucu, cucu pon rasa tok ayah istimewa haha kalau tak, takde la berkepit je si balqis dengan tok ayahnye..

Walaupun setiap hari merupakan hari ayah, el nak jugak ucapkan selamat hari ayah hehe sebagaimana hari-hari ialah hari mak, begitu juga hari ayah..

Ayah semasa di hari nikah alang farina
Terima kasih kerana menjadi supporter kami yang setia
Terima kasih kerana selalu berada disamping kami saat kami perlukannya
Terima kasih kerana memberikan kasih sayang yang tidak ternilai
Terima kasih atas asuhan dan didikan untuk kami gunakan dalam kehidupan
Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat dan istimewa
Terima kasih Allah kerana menjadikan el anak ayah dan mak..

Selamat Hari Ayah



1 comment: