Wednesday 1 April 2015

Edisi Balqis : Eh..Ayah la yang menyanyi


Assalamualaikum..

Salam sayang semua..

Video klip (vc) dibawah ni adalah antara video klip yang memang si Balqis suka tengok dan nyanyi sekali. Sekarang dia dah passdown kepada Kamil pulak.



Masa first time dia tengok (Cikgu Bat download dalam hp), terus mata dia bulat pandang ayahnya..

"Eh ..Ayah la.."

Kami berdua gelak kukikuki jugak la.. iye la takkan la Cikgu Bat glemer bebenor sampai leh ada video klip sendiri.. Menyanyi pulak tu.

"Umi.. ayah ni la.." siap tunjuk lagi..

Okies umi nganga kejap.. Hahaha rupanya Balqis tunjuk Haddad Alwi tu sebagai ayah dia.. Jadi sila la cari ye hehe

Lagu ni featuring Farhan sekali. Balqis akan katakan yang Farhan tu dia, mak Farhan (dalam vc tu) acik ni dan Haddad Alwi tu ayah. Eh yang perempuan pregnant dalam tu pun dia katakan umi dia jugak (hammboii seksi umi dalam tu). 

Dan si Balqis dah start ikut pergerakan dalam vc tu since dia umur setahun lebih lagi sebab masa tu Kamil ada dalam perut lagi. Bila si Farhan dalam vc tu peluk mak dia, Balqis akan peluk umi. Kalau dalam vc tu preggy lady tu sakit perut (contraction), Balqis akan pegang perut umi dan bagitau semua orang "Sian umi..sakit perut umi"(dalam slang Balqis laa)..

Terharu kot..kalau kita dengar bebetul lirik dia, acik rasa macam hati bergetar semacam. Rasa macam dekat ja lagu ni dengan acik sebab acik seorang ibu. Acik ialah seorang Umi kepada Balqis dan Kamil (dan mungkin ada lagi? hehe)..

Jadi, acik share di sini lirik lagu Ibu - Haddad Alwi feat Farhan. 

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan

Selembut citra kasihmu kan

Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini

Dengan kasih sayangmu

Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti


Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku

Pengorbananmu sungguh sangat berarti


Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu


Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-ibu-haddad-alwi-feat-farhan.html#ixzz3VyiCdHok

Balqis dan Khalisa sedang buat konsert.
Balqis dengan lagu Ibu (Haddad Alwi feat Farhan). Khalisa pulak lagu Let It Go (Frozen).
Balqis baju Batman. Khalisa baju mickey mouse. Khalisa ni anak Ayong (sepupu Blaqis la ni)

Terima kasih Balqis dan Kamil kerana memberikan umi peluang untuk nikmati kasih sayang kalian.
Terima kasih kerana umi dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu.
Walau tidak sesempurna mana, umi cuba menjadi yang terbaik.

Terima kasih tidak terhenti buat mak kerana sentiasa menjadi matahari yang selalu bersinar
Bila malam, mak akan menjadi bulan dan bintang bersama ayah.
Terima kasih kerana mendidik dan mengasuh sehingga Angah dapat mendidik dan mengasuh cucu-cucu mak dan ayah.

Terima kasih tidak terhingga kepada Mak Tawau kerana selalu menjadi sinaran yang menghangatkan..
Terima kasih kerana menagjar dan membentuk cikgu Bat dari kecil sehingga dewasa
Sehingga dapat menjadi Ayah seperti hari ini.

Terima kasih Chenta Hati 
Untuk dulu , kini dan selamanya

Mendapat peluang untuk disayangi dan menyayangi
Mendapat ihsan untuk bernafas lagi bersama yang dicintai
Terima kasih Allah untuk segalanya.
Nikmat yang sementara akan cuba dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Semoga esok lebih cemerlang dari yang sekarang
Semoga umi terus tabah dan berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi semua yang tersayang.

~Acik seorang Umi~



0 comments:

Post a Comment