Wednesday 25 March 2015

Hari Hati Kembang Setaman


Assalamualaikum dan salam sayang semua..

Pagi Acik hari ni bermula dengan sangat indah.. lalalala (mode: senyum-senyum, tersipu-sipu, hati berbunga setaman)

Acik macam biasa keluar dari morning pagi agak lambat. Semua orang dah rush ke cafe kilang dan ada yang sudah siap breakfast. Macam biasa haruslah acik tak sempat kan nak makan chit-chat bagai di cafe sebab makanan pun dah nak habis daa..

Masa acik hendak ke shoe locker (nak tukar kasut ke office), terserempak dengan seorang manager perempuan ni. Kami agak kenal la antara satu sama lain dan boleh la nak hai hai bye bye kalau terjumpa kat mana-mana. Tetiba dia datang ke arah acik dan bertanya :

"Khairun, kenapa you boleh kurus secepat ni? You diet ke?"

Err..acik macam tercengang sambil nak tersenyum gumbira yang ditahan-tahan. Yela...Chenta Hati pun tak tegur camtu tauu..

"Err.. i makan macam biasa ja..hehe"

Dia senyum la kann.."Tapi you nampak kurus la sekarang..ok.. see you" then bye bye la kann..

wiwiwiwiwiwi

Kembang kot hahahaha

Manager tu antara pengasas aktiviti zumba tau di kilang ni. Geng-geng yang mementingkan kesihatan jugak la.

Mesti dia pelik sebab dia tak nampak acik join zumba (zumba start pukul 5:30 petang, acik dah selamat balik pukul 5:15 petang hehe), tak nampak acik join exercise kat gym (gym selalu ramai lelaki..acik kan pemalu orangnya) dan acik tak pernah skip meals hehe.

Camno la acik boleh kurus di mata dia kan? apalaa yang acik buat kan?

Actually tak sempat acik nak explain acik buat apa sampai ditegur sedemikian rupa.. ini yang nak berterima kasih sangat kat NECK program hehehe

Acik join NECK program ni sebab tagline dia Jom Kurus Dari Rumah..(acik rasa la hehe) dan dalam masa 100 hari. Sebabnya, Masterji Acik ni (Master Firdaus) yang mengasaskan program ni telah terbukti selim melim dengan program ni dalam masa 100 hari jugak.

Jeng jeng jeng..cer korang tengok gambar ni..

Dalam masa 100 hari, hilang 11.5 kg.
Dengan ilmu dan mentor yang betul, memang tak mustahil

Dan yang ni adalah yang terbaru.. Sedang meng-sado-kan diri katanya..

Master Firdaus terpaksa terkurus tersado sekali sebab terjoin kami sekali lagi hahaha


Then program ni ada ebook kottt.. (leh download free sajork.. tapi sila la baca mini ebook dulu.. kalau rasa setia mahu membaca lagi, download la full ebook ni..). Acik terus download yang full sebab excited bak hangg..

Meh baca cerita kurus Master Firdaus

Dengan laju pantas dan tuntas acik terus wasap Master Maria kata nak join hehe..

Dann.. taraaa.. acik salah seorang geng Batch 1 NECK..Kami bermula bulan Feb dan dijangka habis bulan Mei nanti.

Mesti korang tertanya-tanya apa ke mende la acik nak membebel pasal NECK ni..Best bak hanggg..(awat la acik asyik cakap bak hang nih..haishhh..excited bebenor pulak hahaha)

NECK = leher

eh bukan-bukan hahaha

NECK = Now Everyone Can Kurus

Semua orang boleh kurus. Bak kata masterji firdaus, diet kene berilmu. Ilmu kene amalkan. Kalau amalkan ilmu diet, insyaAllah akan berkurangan la berat yang berlebihan.

Memang betul pun. Kalau dah tau tapi tak amalkan, takde maknanye.. bak kata Cikgu Bat, kalau baca buku bertingkat-tingkat, tak amalkan, buat penat baca buku je..hehe

Jadi, setelah mendapat komen yang positif walau bukan dari chenta hati lagi, acik lagi semangat nak ber-NECK hehe. Acik tak nak la masuk bakul naik lif kan.. Sesiapa yang kenal acik boleh review la keberkesanan program ni kat acik haha

Sekarang tengah looking forward untuk Projek Raya 2015 lalalala.. Manalah tau tercapai lak target untuk raya sekali hahaha

~Acik yang gigih berusaha..chaiyok chaiyok..

psstt..tercabar kot dalam group Batch 1 tu.. acik antara yang muda (hihi muda nye lahaii).. kalau acik-acik yang lagi berusia dari acik yang muda ni boleh sahut cabaran, takkan acik tak boleh buat kann..


0 comments:

Post a Comment